Selamat Datang Ke Blog Info Perniagaan Atas Talian Anda

Anda masih tercari-cari apa yang anda ingin niagakan di atas talian? Di sini kami akan cuba memberikan sedikit info berkenaan produk-produk tempatan dan juga antarabangsa untuk memberikan inspirasi kepada anda. Sekarang ini pelanggan lebih menumpukan kepada media sosial iaitu Facebook di mana fenomena ini harus kita kaji dan grab peluang ini untuk menjana pendapatan atas talian anda. Oleh itu, di blog ini saya akan cuba menekankan info-info berkenaan media sosial terbaru ini untuk manfaat kita bersama.

Monday, December 17, 2012

21 CARA MUDAH MENARIK LEBIH RAMAI FAN KE FANPAGE



Isi Nama Dan Emel Anda
Name:
Email:
Dapatkan Tutorial Percuma
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder


Sedikit panduan:  

Ramai antara kita bila ternampak ruangan isi nama dan emel sebegini seperti sampah dan yang seangkatan dengannya. Ada juga yang menganggapnya sebagai scam, tipu, guna emel kita untuk tujuan negatif dan sebagainya. 

Tahukah anda mengumpul emel menggunakan cara ini adalah sah di sisi undang-undang? 

Begini ceritanya. Sebaik sahaja anda mengisi nama dan emel dalam ruangan seperti di atas, anda akan menerima satu link pengesahan melalui alamat emel anda. Setelah anda mengesahkannya barulah anda akan menerima emel-emel daripada admin website tersebut. Ini dipanggil "SUBSCRIBE". Ramai internet marketer (IM) di dunia menggunakan cara ini. Anda juga sebagai penerima emel boleh "UNSUBSCRIBE" daripada menerima emel-emel tersebut pada bila-bila masa dengan hanya 1 klik sahaja. 

Bukan setakat website biasa yang menggunakan cara sebegini malah AirAsia juga menggunakan cara ini. Cara mendapatkan emel dan menghantar emel secara pukal ini dipanggil "AUTORESPONDER". Jangan takut kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan emel anda. Sebagai orang Melayu khususnya, menjana pendapatan melalui internet bukan hanya dengan skim cepat kaya. Banyak lagi cabang lain yang sah di sisi undang-undang. Dan ingin saya tekankan, ini bukan skim cepat kaya. 

Kadang-kadang kesian juga dengan orang kita ni sampai mereka yang berpelajaran malah yang bekerja di sektor perbankan pun amat skeptikal dengan perkara ini. Satu kisah rakan IM saya pernah ditempelak di bank kerana cuba buat loan. Di dalam permohonan beliau menyatakan beliau bekerja sendiri. Pejabat beliau hanyalah di depan pc dan talian internet. Pegawai bank berkata beliau buat skim cepat kaya dan hampir ditolak permohonan beliau tadi. Itu adalah mindset orang kita. Kenapa jadi begitu? Anda sendiri yang ada jawapannya. 

Tak kisah kalau anda tidak isi nama dan emel di atas tapi ketahuilah, ini adalah cara yang paling efektif untuk penjual dan pembeli berinteraksi di internet selain daripada Facebook. Renung-renungkah dan selamat beramal...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More